fb fb fb fb fb

Polis Melaka terima 10 laporan kes khianat PRU15, lima kertas siasatan dibuka

(Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah merupakan antara individu terawal yang menunaikan
tanggungjawab sebagai pengundi di pusat pengundian awal di IPK Melaka, Bukit Beruang) 

BUKIT BERUANG, 15 November - Sebanyak 10 laporan polis diterima pihak polis Melaka berkaitan kes khianat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga semalam.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, daripada jumlah itu sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka dan masih dalam proses siasatan.

Ujarnya, ia termasuk kes khianat mencabut bendera parti lawan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Dan pihak polis sentiasa memantau ceramah dan kempen yang dijalankan lah, ini banyaknya kes khianatlah, boleh kata di semua daerah pun ada," kata beliau kepada media selepas meninjau proses undi awal di IPK Melaka, di sini hari ini.


(Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah membuat tinjauan terhadap proses undi awal di 
IPK Melaka, Bukit Beruang hari ini)

Secara keseluruhan katanya, keadaan kempen PRU15 di Melaka masih lagi terkawal dan baik.

Terdahulu, Zainol merupakan antara individu terawal yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat pengundian awal tersebut.

Beliau secara keseluruhannya berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung hari ini dan mengharapakan semua anggota yang mengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka secara bijaksana dengan penuh adab dan disiplin.

IPK Melaka merupakan salah satu daripada 31 Pusat Pengundian Awal yang dibuka di negeri Melaka sempena PRU15.

Media Baharu