fb fb fb fb fb

PRU15: Tiada parti peroleh majoriti mudah

PUTRAJAYA, 20 November- Tiada parti memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 semalam, umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media pada pukul 4.30 pagi di sini.

Menurut beliau, selepas penjumlahan kesemua undi bagi 219 kawasan Parlimen selesai, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 76 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) 51 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 30 kerusi.

Sementera itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) merekodkan 22 kerusi, PAS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih enam kerusi, DAP lima kerusi, Warisan tiga kerusi dan Bebas dua kerusi.

Manakala MUDA dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) masing- masing satu kerusi.

"Tiga lagi kawasan parlimen tidak dapat dilaksanakan melibatkan Parlimen Padang Serai, Kota Marudu dan Baram.

"Peratusan mengundi keseluruhan tanpa mengambil kira tiga kawasan tadi, merekodkan 73.89% jumlah mengundi," kata Abdul Ghani.

Bagi PRU Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, PN memperoleh 17 kerusi, BN 16 kerusi, dan PH lapan kerusi.

DUN Tioman ditangguhkan berikutan kematian calon PN, Md Yunus Ramli yang meninggal dunia pada awal pagi semalam.

Bagi PRU DUN Perak, PN memperoleh 26 kerusi, PH 24 kerusi dan BN sembilan kerusi.

Tiada parti mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan kedua-dua negeri.

Dalam pada itu, PN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis untuk menumbangkan kerajaan BN yang mentadbir negeri itu sejak merdeka.

Kemenangan besar yang dicapai membolehkan PN merealisasikan aspirasinya membentuk “Perlis Baharu”.

Calon Pakatan Harapan, Gan Ay Ling berjaya mempertahankan kerusi Indera Kayangan dan bakal menjadi satu-satunya pembangkang dalam DUN Perlis.


(Tan Sri Abdul Ghani ketika sidang media Pilihan Raya Umum PRU15)

Media Baharu