fb fb fb fb fb

PRU15: PH yakin dapat bentuk Kerajaan Persekutuan

(Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Pengumuman mengenai Keputusan
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)/BERNAMA)

SUBANG JAYA, 20 November- Pakatan Harapan (PH) yakin dapat membentuk Kerajaan Persekutuan kerana parti gabungan itu telah melepasi majoriti mudah 112 kerusi, menurut pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata PH sebagai blok parti gabungan terbesar berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

"Kami telah mencapai persefahaman dalam persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Jadi inilah parti pertama daripada blok yang terbesar dan keduanya telah memperoleh jumlah yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan suara majoriti," kata Anwar dalam sidang media di sini.

Beliau yang juga Presiden PKR bagaimanapun enggan mendedahkan butiran perbincangan dengan parti lain bagi membentuk kerajaan selain menegaskan PH mempunyai jumlah majoriti yang cukup.

(Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap
pada sidang media Majlis Pengumuman Keputusan PRU15/BERNAMA)

Media Baharu