(Tengku Adnan Tengku Mansor (tengah) di pusat penamaan calon)
PUTRAJAYA, 5 November- Parlimen Putrajaya bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penyandang parlimen itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi itu yang dipegang selama empat penggal.
Calon-calon yang bertanding diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamsul Joehari Zainal Mokhtar.
Tengku Adnan berdepan cabaran daripada 5 calon lain iaitu daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Dr. Radzi Jidin, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Mohd Rosli Ramli mewakili Pejuang.
Turut bertanding, dua calon bebas, Samsudin Mohd Fauzi dan Lim Fice Bee.
Parlimen Putrajaya mempunyai 42,812 pemilih berdaftar, meningkat lebih 15,000 berbanding 27,306 pemilih berdaftar pada PRU14 lalu.
(Penyokong berarak ke lokasi PPC di Kompleks Kejiranan Presint 9)