fb fb fb fb fb

Penyandang kerusi parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid berdepan 3 pencabar, saingan empat penjuru

BAGAN DATUK, 5 November- Kerusi Parlimen Bagan Datuk menyaksikan pertandingan empat penjuru selepas kesemua calon selesai menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA) di sini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Barisan Nasional (BN) selaku penyandang kerusi parlimen itu akan menentang calon Pakatan Harapan (PH) yang menamakan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin manakala Perikatan Nasional (PN), diwakili Dr Nik Muhammad Faiz Na'aman.

Turut serta bertanding seorang calon bebas, menjadikan saingan empat penjuru di parlimen Bagan Datuk. Beliau ialah anak bekas Timbalan Perdana Menteri pada era Tun Abdul Razak, Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Benut

Pengumuman ke semua calon dimaklumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bagan Datuk P075, Ahmad Ghopran Yeop Hamzah.

(Ahmad Zahid bersama penyokongnya yang hadir di pusat penamaan calon di Sekolah
Menengah Sains Bagan Datuk pada Sabtu)


Pada PRU14, Zahid yang merupakan Presiden UMNO menang kerusi parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 5,073 undi.

Sebelum ini, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan berkata, kerusi Parlimen Tambun, Parlimen Larut dan Parlimen Bagan Datuk dikenal pasti sebagai lokasi panas bagi PRU15 kali

Basri berkata, lokasi tersebut dikategorikan sebagai kawasan panas bagi PRU kali ini berdasarkan calon-calon yang bertanding.

Media Baharu