fb fb fb fb fb

PRU15: SPR umum enam kertas pencalonan ditolak

Foto FB SPR

PUTRAJAYA, 5 November- Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan enam kertas pencalonan ditolak pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan ia melibatkan empat kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau turut memaklumkan bagi Parlimen Batu (P.115) mencatatkan jumlah pertandingan tertinggi melibatkan 10 penjuru.

"Parlimen P.115 Batu, mencatatkan jumlah pertandingan tertinggi dalam PRU15 yang melibatkan 10 penjuru manakala bagi DUN pula, pertandingan paling tinggi di N.47 Chenderiang, Perak iaitu tujuh penjuru," kata Abdul Ghani dalam sidang media petang tadi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya, Sabah juga menyaksikan pertandingan tujuh penjuru.

Sejurus selesai proses penamaan calon, tempoh berkempen akan berlangsung selama 14 hari iaitu bermula hari ini sehingga 18 November pada pukul 11.59 malam.

PRU15 kali ini bakal menyaksikan 222 kerusi parlimen dan 117 kerusi DUN dipertandingkan dan tiada kerusi yang menang tanpa bertanding.


(FOTO FB SPR)

Media Baharu