fb fb fb fb fb

PRU15: Shaiful Hazizi berdepan saingan lima penjuru di Merbok

(Lima calon yang bakal bertanding di parlimen Merbok)

MERBOK, 5 November- Parlimen P014 Merbok bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru menyaksikan calon daripada UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Shaiful Hazizi Zainol Abidin akan menentang empat calon lain termasuk penyandung kerusi itu, Nor Azrina@Nurin Aina Abdullah Surip daripada (PKR) mewakili Pakatan Harapan (PH).

Calon lain ialah, Datuk Mosin Abdul Razak daripada Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) mewakili Pejuang. Manakala Mohd Nazri Abu Hassan daripada Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Khairul Anuar Ahmad mewakili Parti Warisan.

Penamaan calon bebas, Dinesh Muniandy (29) telah ditolak disebabkan pencadang tidak hadir dan calon membawa pencadang lain dengan tidak dilengkapi dokumen biarpun dia sempat sampai lima minit sebelum tempoh penutupan pusat penamaan calon (PPC) berakhir.

Pegawai Pengurus P014 Merbok, Datuk Md Suhaimi Abd Rahman telah memberikan peluang 30 minit kepadanya hingga menyebabkan pengumuman tertangguh selama hampir sejam.

Jumlah pemilih berdaftar bagi P014 Merbok adalah seramai 132,444 orang.

(Datuk Md Suhaimi Abd Rahman bergambar bersama calon parlimen Merbok)

Media Baharu