fb fb fb fb fb

Pertembungan empat penjuru di P043 Bagan

(Calon-calon P043 Bagan bersama Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon,
Baderul Amin Abd Hamid )

BAGAN, 5 November- Parlimen Bagan P043 menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pejuang, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengumuman rasmi penamaan calon di Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, Baderul Amin Abd Hamid pada jam 11:00 pagi tadi.

Calon BN diwakili parti MCA, Tan Chuan Hong 55 tahun yang turut memegang jawatan Pengerusi MCA kawasan tersebut.

Beliau akan dicabar parti Pejuang yang mempertaruhkan calon muka baharu berusia 35 tahun dari Parti India Muslim Nasional (IMAN), Mohammed Hafiz Mohamed Abu Bakar.

Manakala PN diwakili calon Bersatu iaitu Alan Oh@Oh Teik Choon yang pernah memegang jawatan Pengerusi Parti Bangsa Malaysia (PBM) negeri.

Namun pada PRU kali ini beliau memilih untuk bertanding dibawah tiket Bersatu.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu PH yang menampilkan penyandang parlimen Bagan sendiri iaitu Lim Guan Eng daripada parti DAP bagi mengekalkan kerusinya dikawasan tersebut.

Pada PRU14, Guan Eng memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi sebanyak 43,902 undi daripada keseluruhan jumlah undi yang dimenangi sebanyak 51,653 undi.

Beliau menewaskan calon BN, Lee Beng Seng yang mendapat 7,751 undi, Huan Cheng Guan@Mejar Huan daripada Parti Cinta Malaysia, mendapat 502 undi dan Koay Xing Boon daripada Parti Bersama Malaysia yang mendapat 181 undi.


(Lim Guan Eng dismbut meriah penyokongnya ketika tiba di pusat penamaan calon)

Media Baharu