fb fb fb fb fb

P005 Jerlun, Mukhriz dicabar tiga calon lain

(Calon-calon bertanding P005 Jerlun)

KUBANG PASU, 5 November- Parlimen Jerlun menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jerlun, Azmin Zainol Abidin, mereka yang layak bertanding adalah Datuk Othman Aziz (BN), Dr Abdul Ghani Ahmad (PN), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (Pejuang) dan Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (PH).

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kubang Pasu.

Pada PRU15 kali ini, seramai 67,601 orang pemilih layak mengundi di kawasan Parlimen Jerlun.

PRU14 lalu menyaksikan Datuk Seri Mukhriz yang bertanding bawah logo PKR menang dengan majoriti 5,866 undi. Beliau mengalahkan calon PAS iaitu Dr. Abdul Ghani Ahmad dan BN, Datuk Othman Aziz.


(Calon Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tiba bersama isterinya di Pusat
Penamaan Calon Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kubang Pasu)


(Calon BN, Datuk Othman Aziz)


(Calon PN,  Dr Abdul Ghani Ahmad)


(Calon PH, Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali)

Media Baharu