fb fb fb fb fb

PRU15: Mohd Zaid berdepan saingan 4 penjuru di Permatang Pauh

(Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru)

BUKIT MERTAJAM, 5 November- Parlimen Permatang Pauh P044 menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Datuk Mohd Zaidi Mohd Said daripada Barisan Nasional (BN) akan menentang Muhammad Fawwaz Mat Jan daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Nasir Othman mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) dan Nurul Izzah Anwar mewakili Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi tersebut pada PRU14.

Pengurus Pilihan Raya Permatang Pauh, Muzkhairil Muhamad ketika membuat pengumuman berkata, tiada permohonan ditolak dan kesemuanya layak bertanding.

Proses penamaan calon P044 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Bukit Mertajam secara keseluruhan berjalan lancar.

Parlimen Permatang Pauh mempunyai 107,186 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 52,690 pengundi lelaki dan 54,496 pengundi perempuan.

(Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (tengah) wakil daripada Barisan Nasional (BN))

Media Baharu