PULAU TIOMAN, 3 Disember- Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-15, bagi kerusi Dewan Negeri Tioman di Balai Polis Tekek Pulau Tioman berjalan lancar.
Tempoh undian yang bermula 8.00 pagi selesai 12 tengah hari tadi.
Seramai 20 pemilih direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun hanya 18 pemilih mengundi awal manakala bakinya undi pos.
Satu saluran dibuka dan diselia sembilan orang petugas SPR termasuk dua orang Penolong Pegawai Pengurus sepanjang proses undi awal dijalankan.
Undian kali ini juga menyaksikan pengundi awal mencelup jari kelingking tangan kiri ke dalam dakwat pilihan raya.
Selepas selesai pada 12 tengah hari tadi, peti undi terus dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menggunakan bot Polis Marin untuk disimpan sehingga waktu penjumlahan undi pada 7 Disember ini.
(Peti undi terus dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menggunakan bot Polis Marin
untuk disimpan sehingga waktu penjumlahan undi pada 7 Disember ini)