fb fb fb fb fb

Polis terima lima laporan sepanjang tempoh berkempen di Parlimen Padang Serai

KULIM, 3 Disember-Sebanyak lima laporan polis diterima sepanjang tempoh berkempen bagi Parlimen Padang Serai setakat ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata lima laporan polis yang diterima itu masing-masing membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, selain kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

 


(Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad)

"Kita harap proses pengundian berjalan aman sejahtera sepanjang proses demokrasi. Alhamdulilah kempen berjalan lancar. Lima laporan dibawah seksyen 5059b) Kanun Keseksaan Akta Multimedia akan diambil tindakan", kata Datuk Wan Hassan ketika meninjau proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini.

Sementara itu, proses pengundian awal bagi Parlimen Padang Serai berjalan lancar dan membabitkan 76 pegawai dan anggota polis iaitu 64 lelaki dan 12 wanita.

Dua pengundi didapati sudah meninggal dunia manakala seorang lagi telah ditamatkan perkhidmatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang disahkan bertanding M. Karupaiya, pada 16 November lepas.

Media Baharu