PAHANG, 3 Disember- Sebanyak 2 pusat mengundi yang dibuka iaitu di IPD Rompin dan Balai Polis Kampung Tekek di Pulau Tioman, membabitkan 2 saluran mengundi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 243 orang anggota polis serta pasangan akan melaksanakan pengundian awal di dua pusat berkenaan.
Pusat mengundi Di IPD Rompin dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
Manakala pusat mengundi di Balai Polis Tekek dijangka ditutup lebih awal sekitar 12 tengahari, berikutan jumlah pengundi hanya melibatkan 18 orang anggota serta pasangan.