fb fb fb fb fb

Proses pengundian awal di Balai Polis Tekek Pulau Tioman bermula

PULAU TIOMAN, 3 Disember- Proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-15, bagi kerusi Dewan Negeri Tioman di Balai Polis Tekek Pulau melibatkan 20 anggota bermula 8.00 pagi tadi hingga 12 tengah hari nanti.

Pengundi awal akan menggunakan jari kelingking tangan kiri untuk mencelup ke dalam dakwat pilihan raya.

Selepas selesai proses pengundian pada 12 tengah hari, peti undi akan terus dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin menggunakan bot Polis Marin untuk disimpan sehingga waktu penjumlahan undi pada 7 Disember ini.

Proses undi awal bagi DUN Tioman terpaksa dilakukan semula berikutan kematian calon PN, Md Yunos Ramli pada 19 November lalu.

Tempatnya digantikan calon baharu, Noridayu Hashim.

Calon-calon lain merupakan penyandang DUN Tioman, Datuk Seri Johari Hussain mewakili Barisan Nasional (BN), Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Mohd. Fadzli Mohd. Ramly, Pakatan Harapan (PH).


(Proses pengundian awal di Balai Polis Tekek Pulau Tioman bermula)

Media Baharu