fb fb fb fb fb

BN dijangka beri laluan kepada PH bertanding di Parlimen Padang Serai

KULIM 3 Disember- Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Mohamad Sofee Razak dan Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan Datuk C Sivaraj dijangka mengadakan pertemuan malam ini susulan isu memberi laluan kerusi tersebut kepada PH.

Dr Mohamad Sofee yang juga Setiausaha PKR Kedah berkata pertemuan pada malam nanti dijangka memuktamadkan keputusan berkaitan parti dan calon yang bakal bertanding mewakili gabungan PH-BN di Parlimen Padang Serai


(Calon Pakatan Harapan Parlimen Padang Serai, Dr Mohamad Sofee Razak)

"Saya akan jumpa AJK MIC pukul 8.00 malam ini dan buat perjumpaan di peringkat negeri. Dah Ada perjumpaan di peringkat negeri sebelum Kita Akan DUDUK bincang. Semalam dan dua hari sebelum ini pimpinan," kata Dr Mohamad Sofee Razak kepada media semasa meninjau Proses Pengundian Awal Parlimen Padang Serai di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim kira- kira pukul 10.30 pagi di sini.

Semalam Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam ceramah yang diadakan di Taman Desa Aman, Padang Meiha Jumaat mengumumkan Sivaraj akan beralah memberi laluan kepada calon PH.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan antara BN dan PH di peringkat nasional.

Media Baharu