fb fb fb fb fb

PRU15: PN Kelantan syukur menang besar sapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen

KOTA BHARU, 20 November- Perikatan Nasional (PN) Kelantan manzahirkan kesyukuran atas kemenangan besar menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengerusi PN Negeri, Datuk Ahmad Yakob berkata kemenangan itu amat bermakna buat mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Di kesempatan ini juga saya memohon dan menyeru kepada semua penyokong dan juga ahli menyambut kemenangan ini dengan penuh syukur, penuh sabar, tidak menunjukkan apa-apa suasana yang boleh menimbul kekeruhan dan sebagainya," kata Ahmad dalam sidang media di sini.

Beliau berterima kasih kepada semua penyokong PN termasuk pengundi luar.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata proses pengundian berjalan lancar.

70% daripada lebih 1.4 juta pengundi berdaftar di negeri itu telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Keputusan yang pertama adalah bagi Parlimen P028 Pasir Puteh pada jam 10.35 malam tadi dan yang terakhir ialah Kubang Kerian P024 pada jam 12.18 tengah malam," kata beliau dalam siding media di pejabatnya di sini.


(PN Kelantan syukur menang besar sapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen)

Media Baharu