fb fb fb fb fb

PN rampas Parlimen Merbok

MERBOK, 20 November - Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazri Abu Hassan berjaya memenangi kerusi Parlimen Merbok dengan majoriti 21,019 undi.

Beliau meraih 52 ,573 undi bagi menewaskan penyandang kerusi itu, Nurin Aina @ Nur Azrina Surip Abdullah (Pakatan Harapan) yang mendapat 31,554 undi.

Sementara itu calon Barisan Nasional, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin memperoleh 16 ,691 undi manakala Datuk Mosin Abdul Razak (Pejuang) 1,201 undi diikuti Khairul Anuar Ahmad (Warisan) 525 undi.

1,207 undi ditolak dengan peratusan keluar mengundi 78.36%.

Ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Parlimen Merbok, Datuk MD Suhaimi Abd Razak yang juga pegawai Daerah Kuala Muda di Dewan Perdana UiTM Merbok.

Dalam PRU 2018, Nurin Aina meraih 30, 902 undi dengan majoriti 10,072 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk Tajul Urus (20,830 undi) dan calon PAS, Ustaz Ahmad Fauzi yang mendapat 19,618 undi.

(PN rampas Parlimen Merbok)

Media Baharu