fb fb fb fb fb

PRU15: Perikatan Nasional rampas kerusi Parlimen Jerlun

KUBANG PASU, 20 November- Calon Perikatan Nasional (PN), Dr. Abd Ghani Ahmad diumumkan pemenang kerusi Parlimen Jerlun dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jerlun, Azmin Zainol Abidin di Dewan Bitara, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.

Dr. Abd Ghani memperoleh 31,685 undi dengan majoriti 20,456 undi.

Beliau menewaskan penyandang kerusi tersebut Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (PEJUANG) yang memperoleh 3,144 undi, Datuk Othman Aziz (BN) 11,229 undi dan Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali yang mewakili (PH) 6,149 undi.

Dalam PRU ke-14 lalu, Mukhriz memenangi kerusi Parlimen Jerlun, dengan majoriti 5,866 undi dan mengalahkan calon PAS, Dr Abdul Ghani Ahmad dan BN, Datuk Othman Aziz.

(Perikatan Nasional (PN), Dr. Abd Ghani Ahmad diumumkan pemenang kerusi Parlimen
Jerlun dalam Pilihan Raya Umum ke-15)

 

 

Media Baharu