fb fb fb fb fb

Perikatan Nasional kuasai Perlis

(Calon PN, Zakri Hassan selepas diumumkan pemenang kerusi Parlimen Kangar, memperolehi
24,562 undi menewaskan calon BN,Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya 15,370 undi)

PUTRAJAYA, 20 November- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Perikatan Nasional (PN) menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan itu berkata PN memperoleh sebanyak 14 kerusi daripada keseluruhan 15 kerusi dipertandingkan.

Pengumuman itu membolehkan PN membentuk kerajaan negeri baharu dan mencipta sejarah tersendiri parti itu di Perlis.

"Selepas pengundian yang telah dijalankan pada 19 November 2022. Bagi keseluruhan pengundian sehingga 2.00 pagi 20 November 2022, PN telah memenangi 14 kerusi daripada 15 kerusi yang diperuntukkan dan dengan ini berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan," katanya ketika mengumumkan keputusan itu di pejabat SPR disini.

Tambahnya peratus pengundian bagi Dewan Negeri Perlis adalah 76.94 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kerusi DUN Perlis dikuasai Barisan Nasional (BN) memperoleh 10 kerusi, diikuti PKR tiga kerusi dan PAS, dua kerusi.

Untuk rekod, pada PRU15 menyaksikan PAS bertanding bawah PN manakala PKR bawah gabungan PH.

Sementara itu, di peringkat Parlimen, PN turut menang di ketiga-tiga kerusi dipertandingkan iaitu Parlimen Padang Besar, Kangar dan Arau.


(Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika mengumumkan keputusan itu)

 

 



Media Baharu