fb fb fb fb fb

PRU15 : Kira-kira 9,000 undi pos dibawa balik dari Singapura

(Sukarelawan Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia Movement)

 SINGAPURA, 19 November- Sukarelawan Malaysia di bawah naungan 1thirdmedia Movement berjaya membawa balik kira-kira 9,000 undi pos dari Singapura awal pagi Jumaat untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mereka berganding bahu mengumpul undi pos daripada pengundi Malaysia yang bekerja dan menetap di republik itu sepanjang kempen yang berlangsung selama tujuh hari.

1thirdmedia Movement ialah gerakan yang bekerjasama dengan UNDI18, sebuah gerakan belia Malaysia yang berusaha membawa balik undi pos dari republik itu.

Kotak-kotak itu selamat tiba sekitar 2.00 pagi di pusat penyisihan di Kuala Lumpur selepas tamat masa pengumpulan pada 2.00 petang Khamis di Singapura.

Menurut Twitter Undi18, terdapat sejuta pengundi Malaysia di luar negara.

Undi-undi pos dari seluruh dunia juga diterima di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan undi dari China dan Jerman paling awal tiba.

Selain 1thirdmedia Movement, Vote Malaysia dan Global Malaysian Network turut terlibat dalam pengumpulan undi daripada rakyat Malaysia dari seluruh dunia.

Kesemua sampul surat undi akan dibawa ke pusat penyisihan di Kuala Lumpur untuk proses pengasingan bagi 222 kawasan Parlimen dan 117 Dewan Undangan Negeri (DUN), dan kemudiannya dihantar ke negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Tarikh akhir kertas undi pos diterima oleh pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya ialah sebelum 5.00 petang pada hari ini.

(Undi pos dibawa dari Singapura, China dan Jerman/FB 1thirdmedia Movement)

Media Baharu