(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 19 November- Pemulihan pasaran buruh berterusan pada kadar yang stabil pada suku ketiga tahun ini berikutan normalisasi semua aktiviti ekonomi dan sosial mengukuhkan pasaran pekerjaan dan mengurangkan pengangguran.
Pasaran buruh dijangka terus berada dalam kedudukan berdaya saing apabila mencatat peningkatan 10.1% dalam suku ketiga tahun ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu selari kerancakan semula ekonomi yang menyaksikan Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) mengukuh 14.2%.
Bilangan pekerja bagi suku ketiga meningkat 3.6% kepada 15.83 juta orang berbanding suku yang sama tahun sebelumnya, dengan merekodkan 15.70 juta orang.
Sebaliknya, bilangan penganggur menurun 18% kepada 611,800 orang.
Sektor ekonomi memperlihat produktiviti buruh tertinggi dicatat menerusi sektor pembinaan iaitu pada 14.9%.
Beralih ke suku keempat 2022, aktiviti ekonomi dan sosial dilihat terus kembali normal dengan Indeks Pelopor Malaysia yang terkini menjangkakan ekonomi akan terus mengekalkan momentum pertumbuhan.
Ia memberi isyarat bahawa pasaran buruh Malaysia semakin pulih didorong perkembangan semasa aktiviti ekonomi.
(Foto hiasan)