fb fb fb fb fb

PRU15: Khairy puas hati dengan SOP kesihatan di pusat undi

(Khairy puas hati SOP di pusat undi)

SUNGAI BULOH, 19 November- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dari aspek kesihatan di pusat pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P.107 Sungai Buloh turut berterima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

"Setiap pusat mengundi saya pergi, setiap COVID-19 positif terus masuk mengundi, lepas itu dia keluar," jelas Khairy ketika meninjau pusat pengundian di Sungai Buloh.

Sebanyak 28 pusat pengundian dibuka di Sungai Buloh bagi PRU15.

Khairy sebelum ini berkata pengundi kesihatan awam wajib memakai pelitup separuh muka di pusat pengundian manakala pengundi lain digalakkan memakai pelitup separuh muka.

"Mereka juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing dan perlu segera pulang selepas selesai mengundi dan juga diwajibkan memakai pelitup muka," katanya.

Parlimen P.107 Sungai Buloh menyaksikan pertandingan tujuh penjuru di antara Khairy Jamaluddin, Datuk Ramanan dari Pakatan Harapan, Mohd Ghazali Md Hamin (Perikatan Nasional), Mohd Akmal Yusoff (Pejuang), Ahmad Jufliz Faiza (Parti Rakyat Malaysia).

Dua lagi merupakan calon bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff dan Nurhaslinda Basri.


(Khairy meninjau pusat pengundian di Sungai Buloh)

Media Baharu