fb fb fb fb fb

Kenderaan ulang alik SPR permudah urusan golongan kurang upaya

PORT DICKSON, 19 November- Kira-kira 1,409 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di setiap Pusat Pengundian Parlimen Port Dickson sedia mempermudah urusan para pengundi yang hadir khususnya golongan kurang upaya.

Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Lukut, sebuah kenderaan ulang alik disediakan bagi membawa pengundi kurang upaya susulan keterbatasan untuk kenderaan awam memasuki perkarangan pusat pengundian.


(Inisiatif dibuat SPR dilihat memudahkan urusan orang ramai)

Pengundi yang sempat ditemu bual menyatakan, proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini lebih mudah dan cepat.

Tan Yee Moi, 72 tahun, menghidap penyakit tulang belakang memuji penambahbaikan pengurusan SPR itu.

"Inisiatif dibuat SPR dilihat memudahkan urusan orang ramai dan dapat menjimatkan masa,".

Begitu juga dengan Nor Asmawati Abdullah, 59 tahun, juga menghidap penyakit yang sama, hadir ke pusat pengundian itu dengan ditemani suami dan anaknya.

"SPR memudahkan urusan pesakit, orang-orang tua. Kami tidak perlu berjalan jauh sebab adanya kenderaan disediakan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Media Baharu