fb fb fb fb fb

KPN sahkan tiga kematian di pusat pengundian

GOMBAK, 19 November- Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima tiga laporan berkaitan kematian pengundi di pusat pengundian.

Jelas beliau, dua kematian dilaporkan di Johor, manakala satu lagi di Kelantan.

"Saya mendapat laporan terdapat tiga insiden iaitu dua di Johor dan satu di Kota Bharu yang agak mendukacitakan.

Pengundi telah mengalami masalah kesihatan dan meninggal dunia semasa beratur untuk mengundi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak selepas melakukan tinjauan di pusat-pusat pengundian sekitar ibu negara.

(Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara)

Terdahulu RTM melaporkan dua wanita warga emas berusia 85 tahun meninggal dunia ketika menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Parlimen Sembrong dan Pulai.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Acryl Sani memaklumkan, pihaknya turut menerima laporan insiden kekecohan yang berlaku di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Lama, Selangor.

"Seorang pengundi lelaki berusia 23 tahun telah bertindak merampas dakwat dan juga menolak peti undi sehingga jatuh.

Apa yang kita ketahui selepas itu, didapati suspek mempunyai rekod pesakit mental," ujarnya lagi.

Media Baharu