fb fb fb fb fb

PRU15: Calon Hulu Selangor guna pendekatan kempen secara sihat, tolak burukkan parti bertanding

HULU SELANGOR, 11 November - Calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) parlimen Hulu Selangor menolak perbuatan fitnah dalam usaha memburukkan calon dan parti.

Malah, tindakan itu juga dilihat sebagai menghalang pengundi keluar mengundi kerana hilang kepercayaan kepada calon.

Jelas calon Barisan Nasional (BN), Datuk T.Mohan kempen yang sihat perlu dilaksanakan tanpa memburukkan mana-mana pihak.

"Berkempen secara sihat...tidak perlu serang sesiapa...fokus kepada soal pembangunan penduduk di Hulu Selangor," katanya.

Perkara tersebut turut dipersetujui calon Pakatan Harapan (PH), Dr Sathia Prakash.

Beliau mahu pihak yang melakukan fitnah melalui media sosial atau melalui ucapan diambil tindakan.

"Pihak yang menfitnah itu baik dia guna media sosial untuk menyuarakan apakah kekurangan di kawasan parlimen mereka supaya calon-calon boleh bantu mereka," katanya

Tambah kedua-dua calon itu, platform kebebasan bersuara sepatutnya digunakan untuk kebaikan rakyat.

Media Baharu