fb fb fb fb fb

Pembinaan pulau buatan undang resah penduduk

(FOTO HIASAN)

TELUK KUMBAR, 11 November - Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu membatalkan pembinaan tiga buah pulau buatan atau Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) kerana mengundang keresahan penduduk tempatan.

Keresahan itu bukan sahaja dirasai oleh golongan nelayan bahkan penduduk di kawasan tersebut.

Namun, ketika ini kerajaan negeri masih meneruskan projek mega tersebut.

"Pulau Pinang tidak perlu tiga pulau buatan ini...ini tuntutan ramai..bukan nelayan sahaja tapi orang biasa yang kerja kilang pun tidak mahu pulau buatan ini...kebanyakkan orang Pulau Pinang tidak mahu," kata Calon BN P053 Balik Pulai, Datuk Shah Headan Ayoob Shah.

PSR yang dianggarkan menelan belanja RM11 bilion itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang turut merangkumi depoh dan stesen transit aliran ringan (LRT), kawasan industri dan perumahan.

Difahamkan, kerja-kerja awal di perairan di Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas telah bermula yang dijangka disiapkan dalam tempoh sembilan tahun.

Media Baharu