fb fb fb fb fb

PRU15: Belia di Johor digesa rebut peluang mengundi

JOHOR BAHRU, 2 November - Golongan muda khususya di Johor digesa merebut peluang sebagai pemilih dan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Zahari Sarip yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, berkata sokongan menerusi Undi 18 penting bagi menentukan kerajaan lebih-lebih lagi dengan ramai calon dalam kalangan orang muda.

(FOTO FAIL)

"Saya juga melihat semalam apabila ramai dalam kalangan orang-orang muda dinamakan sebagai calon pilihan raya kali ini, ia satu perkara yang baik kerana sekarang ini pengundi dalam kalangan orang muda kita dah buka ruang kepada orang muda, 18 tahun ke atas untuk mengundi, jadi kita beri ruang kepada orang muda untuk menjadi calon mewakili orang muda," kata Zahari Sarip selepas merasmikan Kursus Solusi Perniagaan melalui Pemasaran Digital di Bandar Baru Uda, di sini.

Kursus selama tiga hari bermula semalam disertai lebih 100 peserta terdiri daripada usahawan muda dari seluruh daerah di negeri ini.

Ia bertujuan membantu usahawan meningkatkan pasaran produk menerusi platform digital.

Media Baharu