fb fb fb fb fb

BN Perlis tampil lima muka baharu di kerusi DUN

(Calon BN bagi DUN Perlis bagi PRU15)

KANGAR, 3 November- Barisan Nasional (BN) Perlis menampilkan 44% muka baharu bagi mempertahankan kemenangan PRU14 di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan sasaran lebih besar.

Pengumuman senarai calon DUN diumumkan pengerusi perhubungan BN negeri, Datuk Seri Azlan Man pada Rabu di Kompleks DUN, Perlis.

Beliau menyasarkan BN akan merampas kembali parlimen Kangar dan juga lima DUN yang tewas kepada pembangkang pada PRU lepas.

"Calon-calon ini telah pun melepasi saringan yang dibuat dengan teliti oleh pihak ibu pejabat. Mereka merupakan calon-calon yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Jadi, insya Allah mereka semua akan mendapat sokongan daripada rakyat," jelas Datuk Seri Azlan Man.

BN Perlis turut mengekalkan lapan exco yang akan bertanding di DUN yang sama pada PRU lalu.

Antaranya Asmaiza Ahmad (Chuping), Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat), Azizan Sulaiman (Santan), Hamizan Hassan (Kayang), Ruzaini Rais (Beseri), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer) dan Teh Chai Aan (Titi Tinggi) kecuali Rozieana Ahmad yang akan bertukar dari DUN Pauh ke Guar Sanji iaitu kerusi yang dimenangi Parti PAS.

Pada PRU14, BN menang di Parlimen Padang Besar dan Arau serta 10 DUN iaitu Bintong, Kayang, Tambun Tulang, Simpang Empat, Pauh, Mata Ayer, Chuping, Santan, Beseri dan Titi Tinggi.

(Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi Perhubungan BN Perlis)

Media Baharu