fb fb fb fb fb

PRU15 bakal berlangsung sengit, semua kerusi dipertandingkan

(Ketua Pengurus Pilihan Raya, Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di Parlimen P090 Bera dan DUN, N37 Guai, N38 Triang, N39 Kemayan pada hari penamaan calon PRU15 di Dewan Konvensyen Majlis daerah Bera)

KUALA LUMPUR, 5 November- Penganalisis politik melihat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) paling sengit dalam sejarah negara berikutan pertembungan banyak parti politik di beberapa kerusi parlimen.

Ia berdasarkan keputusan penamaan calon yang menyaksikan Parlimen Batu dengan 10 calon, Ampang dan Sepang (9), Sungai Buloh (7), Putrajaya (6), Mersing serta Beluran masing-masing (5) calon.

Menurut Penganalisis Politik, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr. Sivamurugan Pandian, ia merupakan satu perubahan dalam proses "pendemokrasian politik" di negara ini.


(Penganalisis Politik, Universiti Sains Malaysia (USM),
Prof Dr. Sivamurugan Pandian)

"Bagi saya hadirnya ramai ini merupakan menampakkan kesungguhan ke atas pertarungan yang sengit dan waktu yang sama mungkin mereka rasakan mereka boleh mewakili kelompok masyarakat di situ dan mereka merasakan bahawa kalaulah ada pengundi yang tidak mahu gabungan besar itu. Calon yang dia tampilkan dilihat ada alternatif lain untuk mewakili mereka", katanya.

Tambah beliau perubahan demografi dari segi peningkatan bilangan pengundi juga turut menyumbang kepada pertembungan pelbagai parti di beberapa kerusi parlimen di negara ini.

Sementara itu, beliau menasihati semua calon agar berkempen secara berhemah dan bermoral dengan penampilan dasar serta polisi yang mengutamakan kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian selepas program khas PRU15 di Angkasapuri.

Media Baharu