fb fb fb fb fb

Proses penamaan calon di Muar, Bakri dan Pagoh berjalan lancar

Foto FB Polis Daerah Muar

MUAR, 4 November- Proses penamaan calon tiga parlimen di Johor berjalan lancar hari ini.

Ia merangkumi Parlimen Muar (P.146), Parlimen Bakri (P.145) dan Parlimen Pagoh (P.143).

Jelas Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, seramai 300 pegawai ditugaskan di pusat penamaan calon tersebut bagi mengelakkan sebarang provokasi.

Tambahnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menugaskan seramai mungkin pegawai bagi memastikan proses demokrasi sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjalan lancar.

"Lebih 300 pegawai kita tempatkan di pusat penamaan calon di tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Muar (P.146), Parlimen Bakri (P.145) dan Parlimen Pagoh (P.143). Sepanjang tempoh pilihan raya ini, kita (PDRM) akan memaksimakan penggunaan anggota di pusat penamaan calon dan lokasi pengundian," kata Raiz kepada RTM yang ditemui di pusat penamaan calon Parlimen Muar (P.146).


(Foto FB Polis Daerah Muar)

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar parti bertanding mematuhi segala prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan sepanjang berkempen bagi mengelakkan sebarang provokasi ketenteraman awam.

 

Media Baharu