fb fb fb fb fb

PRU15: 42% pengundi selesai tunai tanggungjawab sehingga 12 tengah hari

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 19 November- Sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, sebanyak 42% pengundi telah menunaikan tanggungjawab mereka bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengundian PRU15 bermula secara rasmi pada 7.30 pagi ini di Sabah, Sarawak dan Labuan manakala di Semenanjung Malaysia bermula pukul 8.00 pagi.

Turut diadakan serentak ialah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bugaya, Sabah yang tertangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan COVID-19.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk PRU15 mengandungi 21,173,638 orang pemilih yang terdiri daripada 20,853,681 orang pengundi biasa, 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan dan 2,741 orang pengundi tidak hadir luar negara.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu