fb fb fb fb fb

Dua pusat mengundi Lembah Pantai di buka lewat berdepan masalah elektrik

KUALA LUMPUR, 19 November- Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendakwa dua pusat mengundi di kawasan parlimen itu dibuka lewat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gara-gara berdepan masalah bekalan elektrik.

Ia membabit pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Saraswathy, puncanya masih belum diketahui.


(Fahmi Fadzil ditemui media selepas membuang undi)

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR turut memaklumkan akan melawat pusat mengundi berkenaan selain pusat lain sepanjang hari pengundian.

"Saya dapati maklum balas dari ejen kami ada beberapa tempat yang sedikit bermasalah iaitu di SMK Bukit Bandaraya, setakat jam 8.15 pagi tadi masih belum mula proses mengundi, di padang bola PPR Kerinchi barisannya terlalu panjang dan ketua tempat mengundi dia mungkin sedang selaraskan semula. Setakat ini saya berpuas hati dengan proses ramai tunggu 10 minit, walaupun cuaca dalam keadaan hujan renyai tetapi kita tengok setakat ini yang datang awal ramai dan saya harap yang belum keluar mengundi nanti kalau hendak tunggu cuaca baik sedikit boleh tapi jangan tunggu lama-lama nanti peti undi ditutup," katanya kepada media selepas selesai mengundi di pusat mengundi SMK Seri Pantai, Kuala Lumpur.

Fahmi tiba di pusat mengundi dpada pukul 8.35 pagi dan beliau selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau juga sempat beramah mesra dengan orang ramai yang berada di luar dan dalam pusat mengundi berkenaan.

Pengundi pula dilihat mengambil kesempatan keluar mengundi awal walaupun hujan renyai sejak awal pagi ini.

Media Baharu