KUALA LUMPUR, 21 November- 12 pusat pengundian bagi Parlimen Baram, Sarawak dibuka untuk proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.
Ia selepas ditangguhkan sebelum ini akibat faktor cuaca.
Demikian dimaklumkan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan.
Menurutnya, waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2.00 petang, bergantung kepada pusat pengundian masing-masing.
(Waktu mengundi bermula dari 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau
2.00 petang, bergantung kepada pusat mengundi masing-masing)
Pusat pengundian terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Long Naah, SK Long Luteng, RH TK Matthew Belulok Lalo, Kpg Lepo Gah, SK Long Sait, SK Long Tungan, SK Long Moh, SK Long Mekabar, SK Long Jekitan, SK Long Lamei, SK Lio Mato dan SK Long Banga.
RH TK John Jau Wan di Long Semiang turut dibuka sebagai pusat pengundian tambahan.
Pada hari pengundian Sabtu lepas, SPR mengumumkan proses mengundi di 11 daripada 194 pusat pengundian untuk kawasan Parlimen itu digantung berikutan cuaca yang tidak baik.