(Calon Dewan Negeri Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal / Media sosial / Fail)
BUKIT KEPONG, 27 Februari - Berkempen secara bersemuka serta dalam talian sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-15 memudahkan setiap calon untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan segera menerusi platform sedia ada.
Bagi calon Dewan Negeri Bukit Kepong dari Perikatan Nasional (PN) Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata pihaknya giat melakukan pendekatan secara kreatif bagi menyantuni penduduk sekitar.
"Sebetulnya saya suka pelbagai cara sama ada dalam talian atau bersemuka. Yang penting rajin berusaha untuk memperoleh kemenangan.
"Saya mempunyai akaun media sosial dan aktif di Tiktok dan Facebook. Semua program saya masukkan di Facebook. Jadi, apabila saya buat semua itu, masyarakat yang ada di Bukit kepong, Parlimen Pagoh, seluruh Johor mereka dapat melihatnya", katanya selepas menyantuni rakyat di Bukit Kepong.
Jelasnya, menjadi ADUN di Bukit Kepong sebelum ini memudahkan lagi aktiviti berkempen di sekitar Dun tersebut
Beliau optimis pendekatan yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen itu akan mencapai sasaran yang diletakkan oleh jenteranya.