fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor : 248 Anggota Penguat Kuasa JKNJ pantau pematuhan SOP

 (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam, Dr Shamsul Maali)

JOHOR BAHRU, 27 Februari - Seramai 248 anggota penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ditugaskan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor ke-15, bagi memastikan semua yang terlibat mematuhi SOP.

JKNJ turut bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain bantuan pasukan Penguat kuasa dari Perak dan Terengganu sepanjang tempoh sama.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perkembangan Kesihatan Awam, Dr Shamsul Maali berkata fokus pemantauan adalah di lokasi ceramah dan bilik gerakan parti.

Bilik gerakan khas juga dibuka di peringkat negeri dan daerah, bagi menyelaras serta memantau aktiviti kempen.

"Kumpulan pertama kita telah menggerakkan seramai 2,392 anggota kesihatan yang akan bertugas di khemah bergejala. Sepanjang tempoh ini iaitu, semasa Hari Penamaan, Undi Awal pada 8 Mac, Hari Mengundi pada 12 Mac dan semasa pengiraan rasmi undi, katanya di sini.

Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) adalah berdasarkan Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Beliau juga mengingatkan semua calon dan parti terlibat di dalam PRU Dewan Negeri Johor untuk memastikan penganjuran ceramah mematuhi SOP, khususnya berkaitan jumlah kehadiran tetamu.

Media Baharu