fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: BN lancar manifesto pada selasa

(Gambar fail: Ahmad Maslan pada Majlis Pelancaran Program Keusahawanan Mobile Truck Orang Muda di Kampung Parit Betak, Benut/Facebook Ahmad Maslan)

JOHOR BAHRU, 27 Februari - Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, pada Selasa ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.

Beliau berharap kesemua 56 calon BN pada PRU Dewan Negeri Johor terus berusaha gigih untuk menemui pengundi di kawasan masing-masing, menggunakan pelbagai kaedah sama ada secara bersemuka atau media sosial.

(Foto fail UMNO)

BN komited mengembalikan Johor sebagai negeri termaju di Malaysia, di bawah kepimpinan calon Menteri Besar parti itu iaitu Datuk Hasni Mohammad.

Tambahnya, peluang pekerjaan, perniagaan dan rumah mampu milik, adalah janji untuk orang muda serta semua masyarakat.

Media Baharu