(BN memuat naik gambar calon menerusi facebook / Fail)
JOHOR BAHRU, 26 Februari - Kempen Pilihan raya Umum, PRU Dewan Negeri Johor ke-15 terus rancak di media sosial dengan aktiviti memperkenalkan calon setiap parti bertanding.
Selaras dengan pematuhan SOP, kempen menerusi media sosial lebih selamat, selesa dan mudah mendekati pengundi.
Barisan Nasional (BN) memuat naik semua 56 calon berserta gambar di Facebook BN. Turut dimuat naik, aktiviti kempen calon-calon yang bermula sejak awal pagi sehingga 7 malam tadi.
Selain itu, Perikatan Nasional (PN) yang terus memperkenalkan calon-calon selain memuat naik pelbagai video daripada calon-calon untuk meraih undi.
Tidak ketinggalan, PAS turut mengikut langkah parti-parti lain memperkenalkan calon parti itu di media sosial bagi meraih sokongan pengundi.