fb fb fb fb fb

PRN Sabah: Ahli GRS bertanding tiket bebas dipecat serta-merta

FOTO RTM

KOTA KINABALU, 15 November - Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengeluarkan amaran tegas mana-mana ahlinya yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan dipecat serta-merta.

Keputusan itu dibuat bagi memastikan disiplin dan kesetiaan terhadap parti terpelihara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mohammad Razali Razi menegaskan tindakan bertanding atas tiket bebas adalah bertentangan dengan pendirian parti, yang merupakan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Justeru, mana-mana individu yang memilih untuk keluar daripada parti dan bertanding sebagai calon bebas tidak lagi dikaitkan dengan Gagasan Rakyat ataupun kepimpinannya, meskipun mereka adalah ahli parti sebelum ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 29 November manakala undi awal pada 25 November.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD