fb fb fb fb fb

Pertandingan lima penjuru di DUN Api-Api

Calon-calon bertanding N20 Api-Api

KOTA KINABALU, 15 November - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.20  Api-Api menyaksikan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.

Pertandingan itu membabitkan Ng Chun Sua (PIS), Ting Shu Kiong (STAR Sabah), Soh Kee Suat @ So Chee Say (PBK), Loi Kok Liang (Warisan) serta Thonny Chee yang mewakili Pakatan Harapan melalui PKR.

Pada pilihan raya 2020, kerusi berkenaan dimenangi Christina Liew Chin Jin daripada Warisan Plus–PKR dengan majoriti 5,347 undi.

Seramai 17,782 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu di kawasan berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE