fb fb fb fb fb

Pengerusi BN Bung Moktar berdepan pertandingan enam penjuru di DUN Lamag

(Dari kiri) Calon DUN Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN), Johainizamshah Johari (GRS), Salahuddin@ Saalehuddin Anoi (PIS), Mohd Saifullah Lokman (Warisan), Mohd Ismail Ayob (Bebas) dan Mazlin Madali (PN) selepas diumumkan layak bertanding pada PRU DUN Sabah Ke-17 di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sri Lamag hari ini / BERNAMA

KINABATANGAN, 15 November - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan saingan enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag pada PRN Sabah Ke-17.

Kerusi N.58 itu menyaksikan Bung Moktar yang mewakili BN-UMNO dicabar calon GRS–Gagasan Rakyat, Johainizamshah Johari; calon Parti Impian Sabah (PIS), Salahuddin @ Salehuddin Anoi; calon Warisan, Mohd Saifullah Lokman; selain dua calon lain iaitu Mohd Ismail Ayob (Bebas) serta Mazlin Madali (PN–Bersatu).

Sebanyak 13,859 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE