fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: Undi awal, ATM siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

(Hishammuddin pada Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Mersing)

MERSING, 5 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia menghadapi hari pengundian awal Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, 8 Mac ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata persiapan sedang dibuat dan ATM tidak berdepan kesulitan menjelang hari tersebut.

(Hishammuddin ketika ditemubual pemberita di Mersing) 

Beliau juga tidak menerima sebarang aduan negatif berhubung persiapan ATM.

"Saya berharap semuanya berjalan lancar dan saya yakin daripada interaksi dengan pemimpin-pemimpin ATM khususnya di Johor mereka sudah siap sedia berdepan tanggungjawab undi awal," katanya.

Hishammuddin menyatakan demikian selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Mersing, hari ini.

Media Baharu