fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: RTM laksana gerak kerja maksimum menjelang Hari Pengundian

(Che Roslan melawat Bilik Gerakan Media PRU Dewan Negeri RTM Johor) 

JOHOR BAHRU, 5 Mac - RTM akan melaksanakan gerak kerja secara maksimum menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, pada 12 Mac ini.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata gerak kerja ini melibatkan kira-kira 150 kakitangan, termasuk penglibatan kerjasama kakitangan RTM daripada empat buah negeri.

"Kita sudah bersedia sepenuhnya, RTM akan melaporkan berita dan maklumat terkini dari semasa ke semasa berkaitan PRU Dewan Negeri Johor dengan persediaan maklumat yang kita ada," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Bilik Gerakan Media PRU Dewan Negeri RTM Johor di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Tambah Che Roslan, RTM juga telah mempamerkan prestasi yang baik dalam menyampaikan maklumat dan berita sepanjang proses PRU Dewan Negeri Johor dari awal hingga hari ini.

Media Baharu