fb fb fb fb fb

Kelonggaran waktu berkempen diguna sebaiknya, SOP tetap diutamakan

(Kempen dihadiri calon BN Gambir, Sahrihan Jani)

GAMBIR, 5 Mac - Kelonggaran waktu ceramah dan kempen hingga pukul 12 tengah malam yang dikuatkuasakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, dimanfaatkan sebaiknya calon bertanding.

Bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksanaan kempen terus menjadi keutamaan, khusus melibatkan program secara fizikal.

"Pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan perkara wajib dan kita akan sentiasa mengingatkan kepada jentera sebelum apa-apa program dijalankan. Kita akan maklum menerusi aplikasi 'Whatsapp' mengenai COVID-19 masih ada dan tidak mahu PRU Dewan Negeri Johor menjadikan kes semakin meningkat," kata calon BN Gambir, Sahrihan Jani.

Bagi calon Perikatan Nasional (PN) Gambir, Mohd Solihan Badri tambahan tempoh masa itu lebih sesuai dengan budaya masyarakat sekali gus memberi peluang kepada pengundi menghadiri program yang dilaksanakan.


(Calon PN Gambir, Mohd Solihan Badri hadir kempen ceramah malam tadi)

"Kita memang mematuhi SOP, terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membenarkan aktiviti ceramah dan kempen dilanjutkan hingga pukul 12 tengah malam. Keadaan ini juga sangat bersesuaian dengan budaya kita yang selepas selesai solat Maghrib, Isyak dan dalam pukul 10 baharu ada peluang untuk menghadiri program sebegini," katanya.

Media Baharu