JOHOR BAHRU, 4 Mac - Polis Kluang mengeluarkan kompaun ke atas sebuah parti politik atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Low Hang Seng dalam satu kenyataan mengesahkan ia membabitkan kesalahan ketika menyampaikan ceramah menggunakan kenderaan bergerak.
Hasil pemantauan terhadap sebuah video mendapati, kejadian itu berlaku di tapak peniaga pasar malam, Taman Seri Impian, semalam.
"Kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 atas kesalahan melanggar arahan dan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurutnya, SOP dan protokol berkempen melarang kenderaan bergerak untuk kegunaan berkempen berhenti di sepanjang laluan ketika menyampaikan ceramah.
(Calon PRU Dewan Negeri Johor memilih medium Tik Tok untuk berkempen)