fb fb fb fb fb

Calon BN Penggaram positif COVID-19, semua kempen fizikal dibatalkan serta-merta

JOHOR BAHRU, 4 Mac - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Negeri Penggaram, Ter Hwa Kong disahkan positif COVID-19 selepas menerima keputusan ujian RT-PCR, pagi tadi.

Berikutan itu, calon tersebut membuat keputusan membatalkan semua program secara fizikal yang telah dijadualkan berkuat kuasa serta-merta.

Hwa Kong dalam satu kenyataan memberitahu, beliau dan pasukan kempennya membuat ujian saringan selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

(Hwa Kong/FB)

"Saya akan menjalani prosedur susulan seperti ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Saya turut memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan perkara ini," menurut kenyataan itu hari ini.

Pada masa sama, Hwa Kwong meminta mereka yang mempunyai hubungan fizikal dengannya untuk menjalani ujian saringan COVID-19 jika mengalami gejala jangkitan.

Media Baharu