fb fb fb fb fb

Hebahan bergerak keluar mengundi guna pendekatan tiga bahasa

JOHOR BAHRU, 4 Mac - Jabatan Penerangan Muar memperbanyak hebahan bergerak bagi menggalakkan dan mengajak pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka semasa hari pengundian PRU Dewan Negeri Johor, 12 Mac nanti.

Hebahan menerusi Program Info On Wheels (IOW) itu dibuat dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Muar, Fadhillah Abdul Latif program tersebut difokuskan di tujuh kawasan Dewan Negeri bawah Parlimen Muar, Pagoh dan Bakri.

(Fadhillah Abdul Latif)

Hebahan bergerak ini turut menyelusuri kawasan pedalaman termasuk perkampungan Orang asli.

Ini bagi memastikan setiap infomasi sampai kepada individu disasarkan.

"Walaupun kawasan luar bandar ada liputan internet yang baik, namun ada penduduk yang tidak berkemampuan memiliki gajet dan alat komunikasi. Jadi kami gunakan kaedah yang sama di kawasan bandar dan luar bandar.

"Mereka yang mempunyai akses yang baik terhadap internet boleh menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat. Namun untuk kawasan luar bandar kita banyakkan komunikasi bersemuka kerana penduduk lebih suka kepada kaedah ini," katanya kepada RTM.

Laporan Ravin Sanmugam

Media Baharu