fb fb fb fb fb

PRU DEWAN NEGERI JOHOR: Semua jentera parti diingatkan terus jaga SOP

PONTIAN, 3 Februari - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar mengingatkan semua jentera parti supaya terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor.

Biarpun tempoh berkempen belum bermula, namun ketika ini, kebanyakan parti sudah mula melancarkan jentera parti masing-masing.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan SOP berkaitan pilihan raya apabila sampai masanya.

"Seperti KKM maklumkan SOP telah diberikan kepada SPR dan SPR sudah tentu tidak boleh umum satu satu kalau sebelum masuk tempoh penamaan calon bila dah masuk penamaan calon baru SPR menunggu masa sesuai untuk umumkan,"kata Noh selepas menghadiri Majlis Koperasi Anak Merdeka di Benut, di sini.

Mengulas mengenai calon BN beliau berkata, gabungan orang lama dan baharu akan menjadi kesinambungan hayat BN.

Media Baharu