JOHOR BAHRU, 13 Februari - Bendahari Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien akur, sekiranya dikenakan kompaun melanggar SOP dalam sesuatu program, khususnya pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Johor akan datang.
Menurutnya, setiap program berunsurkan politik sukar untuk mengawal dan mematuhi SOP ditetapkan.
"Saya reda kalau libatkan diri saya sekalipun sebelum kita datang kita tak tahu.
"Sebab tu dalam PRU Dewan Negeri kali ni kita kena program-program politik dalam apa juga kelonggaran, kita susah nak dikawal.
"Ini yang akan diambil kira SPR dalam menentukan apa juga SOP," kata Hishammuddin selepas Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Iskandar Puteri, Johor Bahru yang turut dihadiri Presiden MIC, Tan Sri Dr SA Vigneswaran dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad, di sini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin sebelum ini menerusi Twitternya memaklumkan, penganjur program bersama beberapa nama lain akan dikompaun mengikut Akta 342.