BATU PAHAT, 13 Februari- Pemuda Perikatan Nasional, PN mengharapkan 30% calon muda mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum, Dewan Negeri Johor, 12 Mac depan.
Timbalan Ketua Pemuda PN, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, peratus calon itu turut merangkumi calon wanita.
Senarai nama calon sudah dihantar kepada pucuk pimpinan parti dan akan diputuskan nanti.
"Jadi parti amat memahami aspirasi ni sebenarnya dan saya yakin PN menawarkan calon muda tak kira dari umur, berkaliber, bersih, ditapis dari segi rasuah dan sebagainya," kata Wan Ahmad Fayshal.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Perikatan Nasional di Batu Pahat, malam tadi.