fb fb fb fb fb

PRU Dewan Negeri Johor: Polis tubuh 112 pasukan Cantas Khas

(Kamarul Zaman ketika menjadi tetamu radio Johorfm)

JOHOR BAHRU, 6 Mac - Polis Johor menubuhkan 112 pasukan Cantas Khas bagi memastikan rakyat dapat mengundi dengan aman dan selamat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor.

Ketua Polis Negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pasukan turut berperanan memastikan pengundi tidak dipengaruhi pihak yang sengaja mencetuskan gangguan ketenteraman awam.

(Sekatan jalan raya yang dilaksana pihak berkuasa)

Pasukan ini terdiri daripada kira-kira 800 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah.

"Kita pastikan tiada elemen seperti kongsi gelap yang mempengaruhi mereka supaya tidak keluar mengundi atau memberi ancaman dan sebagainya. Pasukan inilah yang akan memastikan pengundi keluar mengundi dengan aman.

"Inilah salah satu kekuatan yang kita gerakkan semata-mata menjaga keamanan dan bukan untuk menyusahkan orang. Insya-Allah selain daripada pasukan khas ini, pasukan daripada balai juga akan berkhidmat pada hari tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu radio Johorfm, di sini hari ini.

Media Baharu